Tuesday, March 30, 2010

Sekiranya kita ditakdirkan Bersama

SEKIRANYA KITA DI TAKDIRKAN BERSAMA
[ Author Unknown ]

Kau yang bernama lelaki
takdirnya suatu hari nanti kita akan bersama
melayar bahtera kehidupan
Usah kau mimpikan selaut sutera keindahan
Usah kau igaukan kasih menggunung tanpa puncak
Juga usah kau harapkan… kesempurnaan yang mutlak
dari diri ini

Akuilah hakikat yang tersurat
Aku bukan Siti Khadijah
Aku bukan Siti Aisyah
mahupun Ummul Mukminin yang lain
Bukan juga Rabiatul Adawiyah wanita sufi yang terpuji
Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam, Marsyitah, Asiah atau Sumaiyyah

Kau yang bernama lelaki
Mengertilah dengan waras keislaman
aku hanyalah wanita akhir zaman yang masih

cuba

mempertahankan maruah
dan kesucian diri sebagai muslimah
berlandaskan garisanNYA
dalam mengharungi kegawatan dunia masa kini
yang serba palsu lagi menjijikkan
dengan kemampuan diri, yang tinggal sekuman cuma

Kau yang bernama lelaki
dengan keranaNYA semata-mata
tidak kutagihkan apa-apa dari mu
cuma kupinta sebuah pengertian dan kasih sayang suci
BAHAWA AKU , ADALAH AMANAH UNTUK KAMU
SEKIRANYA KITA DITAKDIRKAN BERSAMA…

Falsafah Cinta

Jika kita mencintai seseorang,
kita akan senantiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untukmemegang,
dua telinga untuk mendengar
dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati
pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah Cinta …

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal
jika kau masih mau mencoba.
Jangan sesekali menyerah
jika kau masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kau tidak mencintainya lagi,
jika kau masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang
Kepada orang yang masih memiliki harapan,
walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya
Kepada mereka yang mempunyai keberanian
keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta
pada orang yang tersayang
sampai dia meninggalkan dunia
dan akhirnya kau terpaksa catatkan
kata-kata cinta itu pada pusaranya.
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan di benakmu itu sekarang
selagi mereka masih ada.

Mungkin Tuhan menginginkan kita
bertemu dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
dan kita harus mengerti
bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
debu menjadi emas, keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga,
derita menjadi nikmat, kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai
seseorang yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan
adalah mencintai seseorang
dan kau tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kau ingin mencintai
atau memiliki hati seseorang,
ibaratkanlah seperti menyunting
sekuntum mawar merah.
Kadangkala kau mencium harum mawar tersebut,
tetapi kadangkala kau terasa bisa
duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup
adalah ketika kau bertemu seseorang
yang sangat berarti bagimu,
hanya untuk menemukan bahwa
pada akhirnya menjadi tidak berarti
dan kau harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kau tidak menghargai
orang yang mencintai kau sepenuh hati,
sehingga kau kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan
karena perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar
siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi,
kiranya kau benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat
orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus,
orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin,
jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

Mungkin saja pada apa yang kau sayangi
atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya
dan mungkin juga pada apa yang kau benci
tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta artinya bakhil,
cinta kepada insan adalah alami,
cinta kepada diri artinya bijaksana,
cinta kepada mati artinya hidup
dan cinta kepada Tuhan artinya takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut,
pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti,
pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kau dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam,
tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,
dirimu tak ubah
seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
Cinta adalah keabadian …
dan kenangan adalah
hal terindah yang pernah dimiliki.

Segala Cinta

Siapa lagi nakku serahkan

Tentunya kepadaMu

Tuhanku Yang Kalam

Segala duka satu keindahan…

Segala cinta satu kedamaian…

Siapa lagi inginku miliki..

Setelah memutih warna pelangi

Tiada kejora di langit tinggi

Kalauku tahu saat dan ketika..

Jikalau dapatku sempurnakan cinta

Di balik tembok usang yang

terpisah dan terasing

Jikalau hadirku untuk selamanya

Tidak ada sengsara…

Bersenandung..

Seperti di dalam istana

Bergurau manja…

Seolah cinta tidak pernah hilang

Siapa lagi nak kupercayakan

Di balik rindu yang tak terkira

Sengajaku sembunyikan dari mata

Beraraklah selamanya…

Jikalau dapatku sempurnakan

Cintamu kembali

Berseri ke akhirnya ….suci..

Jikalau teruji kehadiran ini..

Ku serahkan keindahan…

Kedamaian…

Semua cinta..

Siapa lagi inginku miliki

Setelah semua putih warna pelangi

Tiada kejora di langit yang tinggi..

Tentunya padaMu Tuhanku Yang Kalam

Aku persembahkan…

Segala duka satu keindahan

Segala cinta satu kedamaian

Syukur… aku masih bernafas di dunia ini… syukur padaMu ya Ilahi…

Emm…… Ya Tuhan.. tunjukkan pada ku satu sinar terang.. sinar kebahagiaan…

Ku teringat satu kata2 dari sebuah buku “ Membina Hati Bahagia”.. ia berbunyi..” Yang penting dalam hidup ialah bahagia. Apalagi yang kita inginkan kecuali kebahagiaan. Sebab kita adalah orang yang beragama”… Insya Allah..

emm… semua orang inginkan bahagia…sebagai seorang yang bergelar manusia.. apa lagi yang kita inginkan melainkan bahagia…i have a word from my fren…. apa yg dikata semua ada benarnya..cuma terpulang lah pada kita tuk berikhtiar mencari jalan kebahagiaan itu..sekiranya kita telah berusaha… insyaALLAh..

sememangnya..dalam hidup ini..kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita ada..sehinggalah suatu hari kita kehilangannya.. baru kita sedar betapa besar dan bereritinya dia dalam hidup ini..memang kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan segala..sebagai manusia…betapa besar sekalipun masalah yang melanda kita perlu tabah dan belajarlah menerima realiti kehidupan. kenangan adalah sesuatu yang terindah yang pernah kita alami.. dan biarlah ia menjadi kenangan yang terindah buat kita.. perjalan hidup masih perlu diteruskan ..

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Emm..semuanya benar..apa yg dikatakan semua benar.. kini.. aku dalam kekeliruan mencari semula kekuatan diri… kesabaran, ketabahan yang kulalui… adakah ia akan dibalas dengan kebahagiaan.. Ya Tuhan ku.. aku ingin menjadi insan yang lebih tabah dalam mengharungi segalanya.. menjadi kebih positif dan terbuka dan melupakan segala yang terluka berdarah ini.. ya LUPAKAN!!!

Hayatilah kata2 ini… buat teman2.. semoga selalu berbahagia..

kebahagiaan harus dicari, dikejar, dan dipertahankan jika memang berharga. Kebahagiaan tak lagi bererti kebahagiaan, jika membuat seseorang terluka. Lelaki yang baik, akan hadir di sisi perempuannya, tanpa perlu mengucap, "NEED ME?", kerana lelaki yang baik tak

kan pernah membuat perempuannya menunggu dan menderaikan air mata kerana dia.

kan bererti cinta, jika membuat seseorang terluka. Pun, perempuan yang baik, akan selalu membuat lelaki nya kembali padanya kerana rindu akan kesabaran dan ketulusan sikap yang dimiliki sang perempuan, yang sentiasa merawat dan melenakannya. kasih tak

Our Life

Life is our teacher , teaching us with good experiences and with painful ones . The painful days are difficult to understand , but it is from these troubled times that we learn how to be strong . We learn to hold on and face each day , even though we hurt and feel frustrated. We learn that the simplest pleasures are often the most rewarding . And we learn that losing is often another step toward winning . And when life turns its smiling side to us again , as it always does , we find ourselves stronger , with a greater knowledge of ourselves , and able to feel the welcome comfort and good times more deeply than before…

Antara Dosa Lelaki dan Wanita

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya
kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA:
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat
kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak
di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di
bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya…supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya. (Ali-Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telah
dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manus iaitu, anggotanya
menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri
memberikan alasan untuk membela diri "

Mutiara Kata…


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.